Recent update
KISAH POHON EPAL.
November 20th, 2009 by lainaqhafi
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon apel yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemarbermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari.Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakanapel sepuas-puas hatinya, dan adakalanya diaberistirahat lalu terlelap di perdu pohon apeltersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangitempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.
Masa berlalu… anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih.“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.” Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untukm embelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.Lalu pohon apel itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.”
Remaja itu dengan gembiranya memetik semua apel dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu…Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.
Pohon apel itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon apel itu.”Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya anak itu. “Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon apel itu memberikan cadangan.Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon apel itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon apel itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon apel itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon apel itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohonapel itu.” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai boat.Bolehkah kau menolongku?” tanyalelaki itu.”
Aku tidak mempunyai boat untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untukdijadikan boat. Kau akan dapat belayar dengangembira,” kata pohon apel itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon apel itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon apel itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon apelitu.”
Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pohon apel itu dengan nada pilu.”
Aku tidak mahu apelmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana akusudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batangpohonmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, akumerasa lelah dan ingin istirahat,” jawab lelaki tuaitu.”
Jika begitu, istirahatlah di perduku,” kata pohonapel itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangiskegembiraan.
Tersebut. Sebenarnya, pohon apel yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka.Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon apel itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.
Posted in Uncategorized | | | 0 Comments
sem 1..
November 20th, 2009 by lainaqhafi
fuh..sem 1 ni da lpas…result pun da klua…tp sdey jek rase..cm down jek..sume gred ad..nsib le x spi c n c-…sdey woo…npe ek..mgkin kurang usaha n malas, huhu..alhamdulillah la wlupun 1 je yg dpt a, ap lg klo bkn kalkulus..mint math kot..tp bnda yg b’kaitn ngn fizik msti slalu hancur…cdey la cmni..pdahal fizik la yg pntg dlm kos ni wlupon nma dia kejuruteraan kimia..kimia x blaja pun ntok sem 1..ptotnya dlu qila amek math je kot..ngada2 btol nk amek kos ni..nila akibtnye..huhu..
yg pnting pasni qila msti berubah jd s’org yg rjin..qila msti score ntuk sem yg akn dtg..jeles la tgk org lg hebat dr qila…msti la ad semangat nk b’saing scara sihat..hope qila mampu lakukn yg t’baik utk exam2 yg akn dtg..n smoga sntiasa berada dalam redha Allah ta’ala..nk b’jya dunia n akhirat..insya Allah..
qila x nk hmpakn ibu n abah..qila da byk mnyushkn diorg sjak kecil…ksian abah, msti pnat keje kn..qila harap sgt qila dpt grad lg 4 taun dgn rsult yg cemerlang..pas2 qila nk bwk ibu n abah g haji 1 hari nti klo qila da keje, qila pon nk ikt skali ngn diorg, klo bleh nk jga diorg…klo bley nk balas jasa diorg..tp memg x mampu la nk blas sgla2 nya..hanya Allah yg mampu mmbalas jasa2 ibu n abah..
i will try my best for the next time in whatever i do..insya Allah
Posted in Uncategorized | | | 0 Comments
Imtihan…
November 4th, 2009 by lainaqhafi
Peperiksaan adalah lumrah kehidupan. Kita sememangnya tidak dapat melarikan dirinya. Walau apapun jua, jika kita masih lagi memegang “title” sebagai seorang pelajar atau mahasiswa,mahasisiwi, peperiksaan itu memang tidak dapat dielakkan.
Ya,benar, kita tidak dapat lari darinya, tetapi, tidak mustahil kita tidak dapat mencuba untuk menghadapinya dengan sebaik-baik kemampuan kita. Peperiksaan bukanlah sebuah beban.
Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari.
( surah Al-Asr: 1-3)
Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja.
Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai.
Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.
Berikut adalah langkah-langkahnya:
1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi
2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti
3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca
4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.
Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan.
Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi.
Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita.
Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran.
Sesunggunhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta.
Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya.
Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru.
Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri.
Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya.
Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan.
Posted in Uncategorized | | | 0 Comments
4 Exercises to Sharpen Your Brain
October 7th, 2009 by lainaqhafi
Think of your brain as a muscle: It gets stronger with exercise. Your everyday mental tasks are like walking, but how about a real workout? Try these simple exercises to boost your brain power and clear away the fog of forgetfulness.
1. Use your non-dominant hand
Tackling new tasks improves brain capacity in younger people and has a restorative effect on mental faculties that are declining. Boost your brain power right now by performing everyday activities with your non-dominant hand. If you’re right-handed, use your left hand to eat, drink, comb your hair, and brush your teeth. Try writing your name with your non-dominant hand or put your mouse pad on the other side of the keyboard.
Why does this work? The human brain starts declining after the age of 30 especially in women with each successive pregnancy. By exercising your brain through the use of non-dominant hand, you are stimulating the opposite side of the brain and activating blood flow, which slows down the brain aging process and improves mental capacity. Evidence from functional brain imaging shows that the process of neuroplasticity1 can be enhanced by studying new things, especially hand-eye coordinated exercises like developing the use of your non-dominant hand and practicing visualization meditation.
Stimulating communication between the two hemispheres even helps physical balance. Mind-body exercises like tai chi coach people to use the right and left side of the body equally. Try switching it up in sports. For instance, in tennis, switch the racquet to your non-dominant side and play.
2. Work out your brain
You have to use it or lose it! You can work out your mind just like you work out your body. Mental exercises that will keep your brain fit include doing crossword puzzles, playing chess, or memorizing names, shopping lists, and phone numbers. When I was a young boy, to keep my brain function strong, my father had me memorize Tang Dynasty poetry. Every day I had to memorize a new poem and recite it back. Learn the words to a poem or a new song and repeat them back from memory. Set aside the calculator and add manually instead. Keep challenging yourself with tasks that are new to you.
Whatever mental exercise you choose, the key to success is to practice every day at the same time; you are developing and activating new neural pathways, and consistent cycles will keep the brain on track.
3. Move your fingers to improve your brain
Many people marvel that Asian children seem so intelligent. It could be because they use their fingers more frequently. They eat with chopsticks and at one time, they used to compute with an abacus in school. In fact, some studies have been done with children who use an abacus daily, and findings show that engaging the fingers stimulates nerve endings that go directly to the brain, increasing circulation. Take advantage of this by practicing motor activities that use your fingertips, like crocheting, knitting, and other arts and crafts where you are manipulating small parts. Try playing the piano or a stringed instrument.
Here is an exercise you can do anywhere, at any time. Put one finger on top of the one next to it, then try to stack the next finger on top of that. Or hold a pencil or pen between your index and middle fingers, roll it over until it’s balanced between the middle and ring fingers, then again to between the ring finger and pinky. This exercise has a beneficial impact on brain health for anyone at any age, but especially for people in their 40s, 50s and beyond,when signs of brain aging starts to set in.
Why does this work? A map of the brain shows that the nerve endings on your fingertips correspond to more areas of the brain than any other body area, except perhaps the tongue and lips. Therefore, finger exercise and movements can be useful in stimulating the neurons in the brain. The National Institute of Mental Health conducted experiments that showed finger exercises enlarged the capacity of the participants’ brains, increased connections between neurons, forged new neural pathways, and increased circulation to the brain areas. The researchers concluded that finger exercise contributed significantly to brain plasticity, the ability of the brain to renew itself. Increased circulation means more oxygen and nutrients for the brain cells and decreased waste products that clog up the brain.
4. Stimulate brain acuity with self-massage
To improve concentration and memory try this self-massage that stimulates two easy-to-find acupressure points on your neck at the base of the skull. Cross your hands behind you with the palms cradling the back of your head, your thumbs in the grooves on each side of your neck, and your index fingers crossing one another below the skull, just above the thumbs. Sit in a chair, lean your head back, and let it rest against the pressure of your thumbs and index fingers. Slowly inhale deeply through your nose and exhale through your mouth, letting your whole body relax. Do this for three to five minutes. You’ll increase blood flow to the brain and at the same time relax the neck muscles, which often tense up in response to stress, constricting blood vessels in the area.
Posted in Uncategorized | | | 0 Comments
satu hari di bulan puasa..
September 13th, 2009 by lainaqhafi
pd 1 petang waktu puasa…dlm kol 6 lbih r…qila p la nk beli mknan b’sama kwn2 yg lain..smpi je kat situ, ingat nk beli mkanan pnas untk b’buka, tp tutup la plak…lalu, kitorg p la bzar ramadhan nk beli mkanan kt sna..after beli makanan, kitorg lalu la blik kt cp 2, ingat nk bli air horlicks ais bt b’buka..b4 2, pak cik 2 mlayan org lain dlu, org yg sblum ni dia order air sirap bandung..pas2 qila memg da ckp awl2 nk air horlick ais, tetibe pak cik 2 pack air sirap bandung plak…
pas2 pak cik 2 paksa gak amek air 2, qila ckp x nak, ntah bpa kali ntah, bengang la jugak sbnarnya, da le rmi laki masa 2..pas2 tetibe je pak cik 2 baling air 2 ke dinding, t’kejut gler tgk situasi 2, ap la p cik ni, tau la pnat, jgn la smpi cm2 skali, pas dia btkn jgak air horlick 2, tkooot gler tgok muke p cik 2, ras b’salh sbnrnya..tp bt bodo je la…huhuhu..
Posted in Uncategorized | | | 1 Comments
alhamdulillah…
August 26th, 2009 by lainaqhafi
alhamdulillah..akhirnya scholar jpa klua, n qila dapt la scholar ni..qila happy dapt scholar ni coz, qila harap x m’nyusahkn ibu n abah lg pasni, cian tgk abah asyik keja jauh2 jer, qila harap pasni bley tlg family kalo qila b’jya nti n qila x nk hampakn harapn ibu n abah.. tapi qila rasa memg sush gler r amek kos ni, cm rasa x layak n x mampu je..tkoooottttnnyerrrr..smoga qila dpt gunakn duet tu dgn sebaiknya n qila dpt maintain blajar course ni..tkot la…huhuhu…majoriti student chem eng (skk) dpt jpa ni..maybe rzult2 m3x mreka gmpak2 kalo nk cmpare ngan ak…haha.. n lastly ntok post ni ahlan ya ramadhan…hope dpt p’bnyk ibadah dlm buln ni n akan dtg…insya Allah…
Posted in Uncategorized | | | 0 Comments
plant visit.. beryl’s chocolate factory..
August 9th, 2009 by lainaqhafi
hari sabtu lepas, pkul 5.15 pg kitorg b’tolak ke serdang, selangor. kami p kilang coklat beryl’s kat sana.. tjuan kami p san bukn la untuk skadar b’seronok @ beli coklat smata2, tp sbenarnya kami kna buat projek. projek kami adlh m’hasilkn produk coklat. tapi, info yg kami dapt x la ckup sgt untuk bt projek kami, sedih2…kat sana dapt la beli mcm2 coklat..huhu..
da la mcm2 assgnment kna bt, tensen pun ad la, dgan intro to eng., english la, etech la..waduh2..rabu ni ad test lak ntok etech, sok ad quiz ntok IE, mggu lepas ad 2 test, static n calculus..pening r blaja, huhu..pas2 byk gler lak assgnment, nk kna present la, nk kna bt report la n mcm2 lg..
usaha tangga kejayaan…qila kna ad matlamat supaya dapt m’capai matlamat 2 tanpa hiraukan ap jua rintangan, qila mesti mampu untuk redahi.. ni motto qila..”bekerjalah seperti anda akan hidup 1000 tahun la dan beribadahlah seperti anda akn mati esok hari…
Posted in Uncategorized | | | 0 Comments
Ramuan Al-Fatih Takluki Konstantinople
July 21st, 2009 by lainaqhafi
Konstantinople kota milik empayar Byzantine merupakan sebuah kota yang memiliki pertahanan yang amat menakjubkan.
Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bhosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh, antaranya seperti:
- Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
- Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
- Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
- Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
- Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa.
Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.
Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.
Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.
Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.
Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi SAW, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453.
Tentu bukan mudah untuk Sultan Muhammad al Fatih untuk menakluki kota tersebut. Peribadi baginda dan tentera-tentera baginda juga menjadi ramuan kemenangan ini.

Perkara ini dapat disaksikan semasa baginda dan tentera-tentera baginda ingin menunaikan solat Jumaat kali pertama di Konstantinople selepas menumpaskan Angkatan tentera Byzantine.
Timbul pertanyaan di kalangan mereka siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.
Baginda kemudiannya memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”.
Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan seterusnya, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”.
Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”.
Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul. Mungkin inilah satu faktor kemenangan Baginda dan tentera baginda. Mereka betul-betul berhak untuk mendapat gelaran seperti yang terdapat dalam sabda Rasulullah SAW itu.
Renung-renungkan.

Posted in Uncategorized | | | 0 Comments
My life in UTM
July 21st, 2009 by lainaqhafi
alhamdulillah da dkat sbulan dok kat utm ni, assignment punya la bnyak nk kna buat, yela, nk jd engineer la ktakn, msti la kna rajin, tp x tau la cm ne nk berubah jd rajin..qila msti rajin blajar..jgn hampakn hrapn ibu n abah yg nk tgok anak2 mereka berjaya, qila harap dapat buat ibu n abah tersenyum melihat kejayaan qila 1 hari nti, qila cume mampu b’usaha n berdoa…ALLAH lebih mengetahui sgala2nya…
Posted in Uncategorized | | | 0 Comments
hidup kat u
July 6th, 2009 by lainaqhafi
memg rase best dapt msuk u ni..tapi…penat gler r, asyik nak semput je, baru sehari, blum lg 4 taon, huhuhu… mane taknye, da le jaln kaki p fakulti, bayang bas pun jarang nak nampk, lg 1, da le fakulti 2 atas buki, naik bukit, naik tangga…huh..penat giler….
Posted in Uncategorized | | | 0 Comments
« Previous Entries

